FaLang Language Switcher

A- A A+

Program Singgah Seni

SS1

FSTK LAHIRKAN PELAPIS BERBAKAT MENERUSI PROGRAM SINGGAH SENI

Kuala Nerus, Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah berjaya mengadakan satu program yang dikenali sebagai ‘Singgah Seni’ pada 28-30 Disember 2014, bertempat di Foyer Perpustakaan UNISZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Program ini merupakan satu bentuk pameran kesenian siswa siswi FSTK dalam subjek  lukisan  dan fotografi, anjuran Pusat Pengajian Rekabentuk Perindustrian FSTK dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Industry Design Club (IDEC) FSTK.

Objektif program ini ialah untuk mempamerkan kreativiti seni siswa siswi, mempromosikan hasil dan bakat seni kepada masyarakat kampus, pelajar sekolah dan orang awam.

Seramai 40 orang siswa siswi Diploma  semester 1 dan 49 orang siswa siswi program ijazah Rekabentuk Perindustrian terlibat mempamerkan hasil lukisan mereka mengikut subjek yang ditetapkan oleh Pensyarah yang terlibat.

Manakala 43 orang siswa siswi Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian Semester 3 turut serta dalam menjayakan pameran tersebut dengan mengenegahkan subjek fotografi.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dekan FSTK, Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Mohamed Juhari. Turut hadir ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) Dr. Mohd Hisham Omar,Timbalan Dekan(HEPA) Dr. Imran Abdullah, pensyarah pensyarah, Pengarah Program Singgah Seni ,wakil Jabatan Perpustakaan UNISZA dan siswa siswi yang terlibat.

footer logo

compact      

visitor counter