Sunday, 19 May 2024

Lt Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dilantik sebagai Naib Canselor UniMAP yang baharu

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUALA NERUS:  Mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan, Lt Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baharu berkuatkuasa 9 Ogos 2021.

Beliau yang mula menyertai UniMAP pada Januari 2003 merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum menyambung pengajian di Universiti Surrey (UK) dan memperoleh M.Sc (Advance Semiconductor Materials & Devices). Beliau memperoleh Ph.D (Microelectronics) dari UniMAP.

 

Sekitar kampus di UniMAP - Foto www.unimap.edu.my

Zaliman yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) Kota Bharu, Kelantan pernah berkhidmat di Malaysian Institute of Microelectronics System (MIMOS) pada 1992 sehingga 2002. Zaliman sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Pusat Komunikasi dan Kemahiran Keusahawanan, Pengarah Pusat Industri & Kerjasama Kerajaan, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mikroelektronik, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pengarah Pusat Pengajian Lanjutan di UniMAP.

Beliau dipinjamkan ke UMK pada Mac 2018 dan dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sebelum kembali semula ke UniMAP pada Mac 2021.

 

Sumber: UniMAP

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara