Wednesday, 08 May 2024

Pelajar teruja Menteri Pengajian Tinggi serah surat tawaran ke UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Dua pelajar B40 yang akan menyambung pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada minggu hadapan berasa teruja apabila menerima surat tawaran yang diserahkan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

 

Datuk Seri Dr. Noraini bersama Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi), Prof Dr. Fadzli Adam menyerahkan surat tawaran serta bantuan itu menerusi program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di Terengganu, hari ini.

 

Ainul Mardhiah Mohd Yasin, 19, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka menteri datang ke rumahnya dengan menyerahkan surat tawaran beserta beberapa bantuan persedian pengajian dari UniSZA.

 

“Saya terkejut dan sangat terharu menerima kunjungan Menteri bersama delegasi KPT serta UniSZA hari ini dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambung pelajar di peringkat ijazah sarjana muda”

 

“InsyaAllah saya akan belajar bersungguh-sungguh demi mengubah hidup keluarga dan berjaya di masa hadapan”, katanya yang berasal dari Kampung Alor Jambu, Kuala Nerus.

 

Sementara itu, Nu’aim Hidayah Zaidi, 19, pula menzahirkan terima kasih atas kunjungan Menteri bersama delegasi  ke rumahnya dan menjadikan ia satu kenangan yang sangat indah.  

 

Ainul Mardhiah dan Nu’aim Hidayah masing-masing ditawarkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dan ISM Perubatan dan Pembedahan.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara