Wednesday, 08 May 2024

UniSZA bersiap sedia kemasukan 2,500 pelajar Jumaat ini

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah membuat persiapan sepenuhnya bagi menerima seramai 2,500 pelajar sedia ada ke kampus bermula 15 Oktober ini.

Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi), Prof. Dr Fazli Adam berkata, persiapan telah berjalan lancar sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di ketiga-tiga kampus iaitu Gong Badak, Besut dan Perubatan

“Warga kampus mengalu-alukan kepulangan pelajar, walaupun tidak semua, namun, suasana kampus pasti sedikit berubah walaupun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang ketat seperti yang ditetapkan oleh KPT, “ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, kemasukan pelajar ke kampus  adalah secara berperingkat bagi yang lengkap divaksin serta membabitkan mereka yang berkeperluan. 

 “Bagi fasa 1 iaitu 15 Oktober ini adalah membabitkan pelajar yang memerlukan PdP secara bersemuka, manakala Fasa 2 pada 28 Oktober adalah pelajar dari kategori berkerpeluan lain dan Fasa 3 pula pelajar bukan kategori berkeperluan yang akan masuk pada 13 November”

“Proses PdP akan dilaksanakan secara hibrid dengan pematuhan SOP seperti yang diluluskan oleh MKN, manakala kursus atau program yang dijalankan secara dalam talian, pelajar boleh memilih untuk meneruskan PdP dari lokaliti masing-masing,” katanya/

Katanya lagi, UniSZA akan sentiasa mematuhi dan mengikut arahan KPT, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kampus. 

Sementara itu, Prof Fazli turut memaklumkan bahawa seramai 1,961 orang pelajar baharu sedang menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) secara dalam talian yang bermula 10 Oktober sehingga 13 Oktober ini.

“Pelajar baharu sarjana muda ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 16 September lalu dan mereka boleh masuk ke kampus pada Fasa 2 jika berkeperluan”

 “InsyaAllah kita akan menerima lagi jumlah pelajar baharu yang telah memohon bagi fasa rayuan dan sedang diproses oleh pihak KPT,” katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara