Monday, 20 May 2024

UniSZA muncul tempat ketiga Kejohanan Golf Universiti Awam ke-48

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin muncul tempat ketiga keseluruhan Kejohanan Golf Universiti Awam (UA) Malaysia Ke-48 yang berlangsung pada 7 dan 8 Disember di Shah Alam, Selangor.

UniSZA dinobatkan tempat ketiga keseluruhan selepas menjadi juara kategori Individu VVIP yang dimenangi oleh Naib Canselor (Yang Menjalankan Fungsi), Prof. Dr. Fadzli Adam dan tempat kelima oleh Dekan FRIT, Prof Dr. Saiful Bahri Mohamed

Selain itu, UniSZA turut merangkul Juara bagi kategori VVIP Berpasukan dan tempat kelima dalam kategori Jemputan Berpasukan

Timbalan Pengarah P4P, Dr. Mohd Sadad Mahmud dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Muzafar Mohd Din pula meraih tempat ke-9 dan ke-12 bagi kategori Nett Individu..

Kejohanan selama dua hari itu berlangsung di tiga lokasi iaitu Kota Permai Golf and Country Club, Glenmarie  & Country Club dan Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club membabitkan kategori Gross Individu, Gross Berpasukan, Nett Individu, Nett Berpasukan, VIP Individu dan VIP Berpasukan, UA Berpasukan dan kategori jemputan seramai 320 pemain golf dari universiti awam (UA) seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor telah menyempurnakan  penyampaian hadiah pada majlis penutup, semalam.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara